07 July, 2011

Faedah Melancap

Assalamualaikum wrt., wbh.,

Pertamanya, saya mohon agar ustaz membenarkan saya berkongsi pengalaman dengan semua pembaca yang budiman…mudah2an pengalaman saya ini dapat mentarbiyahkan mereka yang masih belum insaf dan sedar akan larangan Allah terhadap ONANI …maaf sekiranya coretan saya ini agak panjang sedikit…Saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dengan pembaca dan ‘penggemar’ onani…untuk makluman saya adalah penggemar onani sejak saya berusia belasan tahun dan aktiviti ini saya teruskan sehingga di universiti dan selepas berkahwin…terus terang saya katakan onani umpama dadah…sekali terjebak agak sukar untuk keluar daripada lingkaran syaitan ini….saya telah berusaha bersungguh2 untuk meninggalkan tabiat ini malangnya setiap kali saya cuba usaha saya itu gagal….paling lama bertahan adalah 1 hingga 2 bulan dan selepas itu saya akan kembali ke tabiat asal…baiklah saya pendekkan cerita…sejak 12 tahun yang lalu akibat daripada aktiviti ini (saya beronani kadang2 2 kali sehari) dan hampir setiap hari….kesihatan saya mula merosot…terdapat beberapa simptom daripada aktiviti saya ini antaranya…

kesan2 fizikal;

1. mata kabur, berair dan sering sakit (dry eyes) sehingga memeningkan kepala…

2. IBS…irritable bowel syndrom…atau rengsa usus…(untuk maklumat lanjut sila rujuk internet)
3. Sukar menelan…terasa sakit semasa menelan….saya kerap terkena acid reflux…
4. telinga berdesing dan sakit2
5. muka, tangan, badan terasa pijar, panas2…dan gatal2 mengelenyar…
6. kadang2 badan terasa menggeletar (vibrate)…lemah
7. dan yang paling sengsara sekali adalah…spchinter problem pada saluran kencing….ia seakan2 penyakit BPH yang biasanya dialami oleh orang2 tua berumur 50 tahun ke atas…kencing tak lawas, terasa sentiasa ingin kencing dan tak rasa puas…akibatnya zakar tidak berfungsi dengan baik semasa bersama dengan isteri….paling malang adalah agak sukar menjaga air sembahyang…
8. kadang2 kaki dan tangan terasa kebas2…

manakala kesan2 emosi dan psikologiyang saya sendiri hadapi;

1. Sentiasa rasa berdosa…bersalah…hopeless dan useless
2. Terasa rendah diri (inferiority complex) walaupun saya berkerjaya profesional dan berpendidikan Phd
3. rasa terasing (alienation)
4. Motivasi rendah
5. lemah ingatan….sukar menghafal walau surah2 dan bacaan yang pendek…
6. Takut menghadapi kematian jika itu berlaku secara tiba2 secara mengejut

saudara/i yang budiman…

saya telah berhabis wang untuk berubat dan berjumpa ramai pakar neurology, urology, pakar mata dan general surgeon….dan termasuklah perubatan Islam….malangnya tahap kesihatan saya semakin merosot….pakar urology tidak menolak kemungkinan simptom2 ini adalah kesan daripada aktiviti onani yang saya lakukan….jika menurut pakar neurology pula simptom ini seakan2 MS (multiple sclerosis)…dan penyakit ini merupakan antara penyakit yang sangat kronik dan tiada ubatnya…sila dapatkan maklumat di internet….

Saudara/i yang budiman…

Alhamdulillah sekarang telah berlaku transformasi pemikiran dan tindakan kepada saya….Allah telah memberikan kelebihan yang sangat banyak kepada saya dalam proses perubahan tersebut….antaranya….di kelilingi rakan2 yang baik dan alim, rumah berhampiran surau dan sebagainya….ingatlah suadara/i selalunya perubahan atau transformasi yang berlaku kepada seseorang itu akibat daripada peristiwa pencetus (trigger event) seperti sakit kronik, kemalangan, kematian orang terdekat, ditangkap kerana berzina, dihukum penjara…..justeru itu, saya yakin dan percaya kebanyakan daripada individu yang masih tidak berubah dan sukar berubah antara sebabnya selain daripada belum mendapat petunjuk Allah adalah belum munculnya ‘trigger event’ tersebut….misalnya seorang perokok tegar telah dikesan menghidapi kanser paru-paru tahap 3….atau seorang lesbian yang didiagnose terkena jangkitan HIV….tentu sekali..akan berlaku penyesalan….putus harap dan seumpamanya….dan ini berlaku kepada saya….alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah swt kerana masih sayang kepada saya….

Antara amalan2 yang saya lakukan bagi melunturkan semangat syaitan daripada terus menggangu dan nafsu saya terus bergejolak;

1. solat berjemaah di surau…jangan lupa solat subuh berjemaah
2. membaca al-quran, membaca al-mathurat hampir setiap hari
3. Qiamulalil…selalu menangis dan menyesal akan dosa yang telah dilakukan…dan tidak putus2 berdoa
4. Berzikir dan beristighfar
5. Banyakkan bersedekah dan membuat kerja2 amal
6.Sentiasa ingat mati…amat mengerikan! nauzubillah himin zalik…

percayalah kita dilahirkan dengan fitrah yang baik…justeru kembalilah kepada fitrah yang baik itu….saya percaya kepada diri sendiri dan saya yakin Allah amat penyayang dan pemurah…ingatlah lawan yang ingin kita KALAHKAN ini adalah syaitan/iblis dan nafsu kita sendiri….justeru ia memerlukan kekuatan dalaman dan luaran, strategi, motivasi dan kesungguhan yang perlu dibayar dengan harga yang mahal….kerana untuk kembali beriman dan bertakwa kita memerlukan pengorbanan dan jihad yang total…insyaAllah saya yakin sekiranya saya boleh melakukannya…kenapa tidak suadara/i di luar sana…kini jiwa dan pemikiran saya lebih aman, tenteram dan ceria tanpa ONANI…

jazakallah..