23 June, 2011

10 AMALAN TERBALIK YANG JANGAN DIAMALKAN

10 AMALAN TERBALIK YANG JANGAN DIAMALKAN
from KomenSen by al-lavendari

Antara amalan-amalan terbalik yang jangan diamalkan ialah:

1. Memandu perlahan di lorong laju. Memandu laju di lorong perlahan.

2. Orang yang lambat bayar saman trafik, dapat potongan harga. Orang yang ikut perintah bayar awal, kena bayar penuh.

3. Rata2 orang kita suka jamban cangkung di tandas awam, tapi rata2 jamban duduk pulak yang lebih banyak di sediakan. Geli !

4. Membuang sampah di tempat yang ada tulis "Di larang membuang sampah di sini". Lain kali kalau nak larang orang buang sampah, buatlah signboard "sila buang sampah di sini"

5 Sembahyang sunat Tarawikh penuh masjid, tapi sembahyang fardhu Subuh tinggal 3 orang .. Imam, Bilal dan Siak.

6. Puasa yang terpaksa menahan lapar dan dahaga - cukup jaga, tapi sembahyang yang sangat mudah - dilalaikan.

7. Cakap dengan entah sapa-sapa berjam-jam, cakap dengan makayah tak sampai seminit.

8. Cakap orang putih dalam khalayak yang semua faham cakap Melayu.

9. Elaun keraian diberikan kepada boss-boss besar yang selalu diraikan.

10. Kalau memang dah berniat tak mahu nak datang, cakap InsyaAllah.

Saya tak pasti yang nombor 10 tu .. adakah elok kita cakap InsyaAllah kalau kita memang dah berniat tak nak datang kerana nak menjaga hati tuan rumah ? Harap mendapat komen anda semua. Kalau Ust Abd Razak membaca entri ini harap sangat dapat beri pandangan.

USA da Bankrup lar..

KUALA LUMPUR 23 Jun - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat (AS) kini sebenarnya sudah bankrap tetapi menafikannya kerana beranggapan ia masih menjadi kuasa besar ekonomi dunia.

Berikutan itu, beliau melabelkan AS sebagai sebuah negara yang gagal di dalam ekonominya.

''AS sebenarnya sebuah negara yang gagal kerana bankrap, mencatatkan defisit berganda dan wang yang mereka ada pun adalah wang cetak.

''Tapi AS masih mahu menyangkal kedudukan mereka (bankrap),'' katanya ketika menyampaikan ucaptama di CEO Forum anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Secara sinikal Mahathir berkata, seandainya Malaysia mengalami kedudukan ekonomi yang sama seperti AS, sudah lama negara ini diisytiharkan bankrap.

Bagi menutup kelemahan mereka, AS terus sibuk memperjuangkan demokrasi liberal di Iraq, Afghanistan dan terbaharu di Libya.

Beliau berkata, negara-negara kaya selalu berada dalam radar persaingan sesama sendiri tetapi masih gagal untuk bersaing dengan negara-negara yang baru muncul.

''Negara-negara kaya ini selalu mendesak supaya negara-negara lain melakukan perubahan dan sasaran mereka adalah negara-negara kecil dan miskin.

''Tetapi, apabila melihat keadaan ekonomi negara-negara itu sekarang, nampaknya mereka juga tidak tahu untuk menguruskan kewangan mereka.

''Kegagalan mereka (kendalikan kewangan) menyebabkan negara-negara kecil turut merasai krisis ekonomi yang berpunca daripada mereka,'' tambahnya.

Sambil memberi contoh, Mahathir berkata, selain AS, Greece masih lagi dibelenggu dengan krisis hutangnya.

''Satu-satunya negara yang tidak menerima kesan daripada apa yang berlaku di negara-negara kaya ialah China.

''Sebaliknya, dengan kekayaan yang dimiliki China sekarang, negara itu mampu membeli bon-bon di AS,'' tambah beliau.

17 June, 2011

KonvoKesyen Kali ke 15 (2011)

PERATURAN-PERATURAN YANG WAJIB DIPATUHI SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH


Graduan yang ingin menghadiri majlis tersebut WAJIB mematuhi arahan-arahan berikut:-

a)      Mengembalikan surat jawapan (Lampiran B) kepada Urusetia Pendaftaran Konvokesyen Ke-15 Politeknik Kota Kinabalu Sabah bersama-sama perkara-perkara berikut:-

Bayaran sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) dengan memasukkan ke dalam akaun Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad di nombor 1009-0000559-05-2 CIMB BANK (salinan cetakan slip Bank disertakan). Bayaran ini adalah termasuk sewa jubah Politeknik, gambar, folder sijil dan ALUMNI. Bayaran tidak akan dikembalikan.

Surat jawapan hendaklah sampai kepada Urusetia Pendaftaran Konvokesyen ke-15 Politeknik Kota Kinabalu Sabah sebelum atau 04hb Julai 2011. Graduan dianggap tidak dapat menghadirkan diri sekiranya surat jawapan tidak diterima sebelum atau pada tarikh ini. Sekiranya graduan tidak sempat untuk mengembalikan surat jawapan, graduan boleh menghubungi terus pihak urusetia (Cik Suhana Binti Rubin) melalui talian 088-401816 untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan atau melalui faksmili 088-499960/499187. Walau bagaimanapun, salinan asal surat jawapan dan salinan cetakan slip bayaran hendaklah dihantar ke Politeknik Kota Kinabalu. (slip ASAL bayaran WAJIB dibawa semasa hari pendaftaran untuk penerimaan jubah konvokesyen).

b)      Graduan WAJIB menghadiri raptai pada waktu yang ditetapkan. Graduan yang tidak hadir atau pun datang lewat pada hari raptai tidak dibenarkan menghadiri upacara tersebut.

c)      Pakaian dan rupadiri yang WAJIB dipatuhi semasa majlis konvokesyen:-

i.        Graduan Lelaki

-          Semua graduan lelaki hendaklah memakai baju lengan panjang yang tidak bercorak, bertali leher dan berseluar panjang berwarna biru tua atau hitam (gelap) dan berkasut hitam (pakaian rasmi pejabat). Kasut sukan tidak dibenarkan.
-          Semua graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang (atau rambut berekor, berwarna dan berfesyen) TIDAK dibenarkan mendaftar untuk raptai dan seterusnya TIDAK dibenarkan menyertai upacara konvokesyen. (kecuali mereka yang mematuhi syarat rupadiri yang ditetapkan sebelum mendaftar raptai).

ii.      Graduan Perempuan

-          Semua graduan perempuan yang beragama Islam hendaklah memakai tudung yang disediakan oleh politeknik. Pakaian mestilah kemas dan formal (baju kurung berwarna cerah).
-          Berkasut kulit yang berwarna hitam/gelap. (sandal TIDAK dibenarkan).
-          Graduan yang bukan beragama Islam hendaklah memakai pakaian berlengan panjang dan gaun. (skirt pendek TIDAK dibenarkan).
-          Graduan DILARANG memakai pakaian yang tidak sopan seperti jarang, ketat dan mendedahkan.

iii.    Semua graduan diwajibkan memakai jubah yang disediakan oleh Politeknik Kota Kinabalu.

d)     Setiap graduan dibenarkan membawa dua  (2) orang pengiring (ibubapa/keluarga) masuk ke dalam dewan dan pengiring hendaklah memakai pakaian rasmi pejabat. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah TIDAK dibenarkan masuk dewan ketika majlis konvokesyen berlangsung.

4.   Makluman terperinci mengenai perkara lain (jika ada) akan dimaklumkan kemudian.

5.   Graduan yang tidak dapat menghadiri majlis ini hendaklah  mengembalikan  Borang Jawapan Tidak akan Hadir (Lampiran B) serta mengkreditkan ke dalam akaun 1009-0000559-05-2 CIMB BANK Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad bernilai RM100.00 untuk bayaran folder sijil dan ALUMNI.

6.   Kemudahan penginapan tidak disediakan oleh politeknik.

7. Semua Graduan dikehendaki melayari web Kementerian Pengajian Tinggi di alamat https://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/  untuk tujuan Kajian Pengesahan Graduat 2009 : Kaji Soal Selidik Melalui Web sebelum menghadiri majlis raptai tersebut.



Sekian, terima kasih.


15 June, 2011

SKMM : Penyedia Internet Diminta Menghalang Akses ke 10 Website Popular

Pihak SKMM telah meminta semua penyedia internet di Malaysia untuk menghalang akses ke website-website download berikut:

Warez-BB.org, ThePirateBay, Movie2k, MegaVideo, PutLocker, DepositFiles, DuckLoad, FileServe, FilesTube, dan juga MegaUpload.

Beberapanya masih boleh diakses namun pasti akan disekat juga tidak lama lagi. Perkara menyedihkan untuk kaki download tegar.

 Dalam banyak-banyak website diatas, tiada satu pon website PORN..

Ada apa pada LALAT

Lalat hampir keseluruhan hidupnya ditugaskan hidup dalam suasana yang kotor. Sememangnya lalat serangga yang pengotor, membawa penyakit dan menganggu kehidupan manusai. Ia berada di mana-mana sahaja, Pun begitu, Allah yang menugaskan lalat untuk menyelesaikan masalah kekotoran ini. Ianya masih penuh dengan nilai motivasi.

Lalat akan berada di mana-mana sahaja di ceruk rantau dunia ini. Samaada bersendirian ataupun secara berkumpulan. Lalat juga terdiri daripada pelbagai jenis dan bukan semuanya hinggap atas kekotoran.

Lalat mampu membiak dengan cepat di tempat-tempat yang kotor dan menjijikan. Segala jenis kuman dan virus serta penyakit akan berada di tubuh badannya. Lalu lalat akan menyebarkannya ke seluruh dunia. Dalam masa yang singkat juga ia akan mati selepas berjaya menjalankan ‘tugasnya’.

Sekotor- kotor lalat, Allah telah meletakkan ubat di tubuh nya untuk menjadikannya kebal dari semua penyakit yang di bawanya. Ketahanan lalat semasa hidup memang sangat mengagumkan, ianya mati setelah sampai pada masa yang ditetapkan iaitu sekitar 6 bulan hingga satu tahun.

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari Hadis sahih nih!

Ini membawa maksud, sememangnya di lalat terdapat ubat untuk menghapuskan penyakit yang dibawanya. InsyaAllah

Lalat sukar didekati, memiliki kepantasan yang mengagumkan. Boleh dikatakan, cara memukul lalat engan hanya menggunakan tangan adalah satu tindakan yang hampir mustahil, Cara yang lain perlu digunakan.untuk ‘menyelesaikannya’.

Walaupun lalat hidup dalam kekotoran, berenga digunakan untuk merawat masalah luka yang sukar disembuhkan lebih-lebih lagi melibatkan penyakit Kencing Manis. Berenga akan memakan sel-sel yang mati lalu membolehkan untuk digantikan dengan sel-sel yang baru.

Lalat kebiasaannya sukar dibentung kewujudannya. Bahkan tampa sedar, kita memang mengharapkan kehadiran lalat untuk membersihkan kekotoran yang wujud di bumi termasuklah memakan bangkai yang terbiar di tepi jalan.

Lalat berada di mana-mana sahaja bahkan termasuklah di negara yang beriklim sejuk. Cuma ia menjadi tidak aktif bila berhadapan dengan cuaca sejuk.

Sifat lalat sememangnya menakjubkan. Jika ia dihalau, ia akan lari tetapi hanya sebentar sahaja. Ia akan datang semula kemudiannya. Bermakna, lalat adalah serangga yang berani. DAripada sifat inilah terbitnya perumpamaan Arab berbunyi

Lebih berani daripada lalat
yang ditujukan kepada mereka yang berani berhati kering.

Begitulah kebesaran Allah yang mencipta sekalian makhluk di muka bumi ini. Setiap sesuatu yang mengandungi ‘kekotoran’ tidak semestinya ia bersifat negatif semata-mata. Ada juga sifat positifnya, kebaikannya. Itulah motivasi melalui lalat.

14 June, 2011

Tukar DNS Setting Untuk Bagi Surf Internet Laju dan etc..

Nak share satu benda untuk surf internet supaya laju browsing dan dalam masa sama, komputer anda (Vista & Window7) akan bertambah pantas.

Tapi sebelum tu,

DNS = Domain Name System - bahasa mudah faham = (bertindak macam phone book dalam handphone anda, tukarkan IP nombor kenama yg lebih bermakna, contoh, 208.77.188.166 ditranslate jadi www.awak.com)

ISP = Internet service provider, e.g. maxis broadband, p1max, streamyx, celcom broadband dsb..by default komputer kita set automatic

So apa saya nak share ialah kita manually tukar DNS setting dia kepada DNS Google punya.

1. Go the Control Panel.
2. Click Network and Internet, then Network and Sharing Center, then Manage network connections.
3. Select the connection for which you want to configure Google Public DNS. For example:
4. To change the settings for an Ethernet connection, right-click
5. Local Area Connection or Wireless Network Connection and right click Properties.
6. To change the settings for a wireless connection, right-click
7. Wireless Network Connection, and click Properties.
8. If you are prompted for an administrator password or
9. confirmation, type the password or provide confirmation.
10. Select the Networking tab. Under This connection uses the following items, click Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4), and then click Properties.
11. Click Advanced and select the DNS tab. If there are any DNS server IP addresses listed there, write them down for future reference, and remove them from this window.
12. Click OK.

13. Select Use the following DNS server addresses. If there are any IP addresses listed in the Preferred DNS server or Alternate DNS server, write them down for future reference.
14. Replace those addresses with the IP addresses of the Google DNS servers: 8.8.8.8 and 8.8.4.4.
15. Restart the connection you selected in step 3.
16. Pergi command Prompt, klik kanan Run as administrator taip ipconfig /all tekan enter, lepas tu taip ipconfig /renew







Kebaikan
1. Surf internet bertambah laju
2. Komputer jadi laju, elak hang, lambat loading

Keburukan
1. Apa-apa laman web yg diblock oleh ISP provider, e.g. maxis broadband, p1max, streamyx, celcom broadband dsb, dah dibypass. So masalah tu, sebab diorang block ada reason dia.
2. Komputer anda tanpa antivirus yg kuat, mudah diserang malware.

P.S. IP open DNS selain google yg boleh guna jugak ialah 208.67.222.222
208.67.220.220
208.67.222.220
208.67.220.222
Anti-Recaptcha