09 September, 2011

Empat Cara Mengubah Takdir .

Banyak orang malas yang menjadikan takdir sebagai dalih atas kemalasannya. Padahal, takdir itu boleh diubah. Memang, tidak semua takdir boleh diubah. Misalnya, jika kita ditakdirkan sebagai seorang laki-laki, tidak boleh diubah menjadi seorang perempuan. Kita memang tidak boleh mengubah takdir yang sudah terjadi sebab waktu memang diciptakan tidak boleh ke belakang. Yang dimaksud mengubah takdir disini ialah mengubah takdir dimasa mendatang.

Lalu bagaimana cara kita mengubah takdir? Cara yang benar dan tepat, tentu saja harus bersumber dari Pembuat takdir yang tiada lain Allah SWT melalui Al Quran dan Hadits Nabi Muhammad saw.Bagi Anda yang belum tahu, bahawa takdir boleh diubah, silakan semak hadis berikut:

Hadis dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari Abdullah bin Umar, bahawa Nabi Muhammad SAW Bersabda
: “Barangsiapa hatinya terbuka untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfaat bagi sesuatu yang sedang terjadi dan yang belum terjadi. Dan tidak ada yang boleh menolak taqdir kecuali doa, maka berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”
. (HR Turmudzi dan Hakim)


Mengubah Takdir Dengan Berdoa.

Allah yang menetapkan takdir kita, maka Allah memiliki kuasa untuk mengubahnya, ertinya takdir baru bagi kita. Mengubah takdir ertinya Allah menggantinya dengan takdir baru. Tetap, Allah yang menetapkan takdir. Cara pertama ialah dengan berdoa seperti yang dijelaskan pada hadis diatas.

Cara Kedua adalah bersedekah. Rasulullah SAW pernah bersabda : “Silaturrahmi dapat memperpanjang umur dan sedekah dapat merubah taqdir yang mubram” (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Imam Ahmad)

Cara Ketiga adalah bertasbih. Ada hadis yang diriwayatkan dari Saad Ibnu Abi Waqosh, Rasulullah bersabda :

“Mahukah kalian Aku beritahu sesuatu doa, yang jika kalian memanfaatkan itu ketika ditimpa kesedihan atau bencana, maka Allah akan menghilangkan kesedihan itu? Para sahabat menjawab : “Ya, wahai Rasululullah, Rasul bersabda “Iaitu doa “Dzun-Nun : “LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINADH-DHOLIMIN” (Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk diantara orang-orang yang zalim”). (H.R. Imam Ahmad, At-Turmudzi dan Al-Hakim).

Cara keempat ialah dengan berselawat ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ubay Ibnu Kaab, bahawa ada seorang lelaki telah mendedikasikan semua pahala selawatnya untuk Rasulullah SAW, maka Rasul berkata kepada orang tersebut : “Jika begitu lenyaplah kesedihanmu, dan dosamu akan diampuni” (H.R Imam Ahmad At-Tabroni)

Jadi, jangan berhenti berdoa dan berusaha. Seburuk mana pun kedudukan masa ini, semuanya masih boleh berubah. Bagaimana pun pahitnya pengalaman kita dimasa lalu, masih boleh berubah. Optimis selalu Anda boleh mengubah takdir Anda menjadi lebih baik.

Rujukan :

http://www.motivasi-islami.com/rahasia-mengubah-takdir/

07 September, 2011

Bila Seorang Atlit Salah Acara...


Akta Hantaran Kahwin.

HASIL KAJIAN Nilai Hantaran Kahwin Mengikut Harga Purata Terkini dan Status Pelajaran di Seluruh Malaysia:-

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


***Kepada bapa-bapa pihak perempuan, Sila rujuk jadual di atas untuk menentukan wang Hantaran..

06 September, 2011

Tuduhan Memukul Nenek...(tragis)

Ceritanya ada seorang pemuda yang dibicarakan di mahkamah dengan tuduhan yang menjadiisu hangat: Memukul warga emas di dalam keretapi

Hakim berkata kepada pemuda tersebut,



“Sekarang cuba anda ceritakan apa saja yang sebenarnya terjadi secara lengkap dan detail. Anda sangat kejam , berani memukul seorang nenek!”



Pemuda itu pun bercerita. “Begini Tuan Hakim, tiga hari yang lalu saya naik keretapi dari JB ke KL dari Stesyen Johor Bahru. Saya duduk berhadapan dengan seorang nenek tua. Keretapi kemudiannya bertolak dan beberapa minit kemudian sampai di stesyen Kulai. Di stesyen Kulai ini keretapi berhenti untuk pemeriksaan tiket.. konduktor pun datang ke gerabak tempat saya berada, dan tak lama kemudian menanyakan tiket saya. Saya terus tunjukkan pada dia.”



Kemudian giliran dia meminta tiket nenek di hadapan saya. Dia mengeluarkan handbag dari begnya, dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Dari dompet kecil itu dia mengeluarkan bungkusan, terus dia buka bungkusan itu dan masih ada bungkusan yang lebih kecil .Bungkusan kecil itu dia buka, dan di dalamnya ada kotak mancis.



Rupanya dia menyimpan tiketnya di kotak mancis itu.” ”Setelah diperiksa konduktor, dia menaruh tiketnya lagi ke kotak mancis itu, lalu kotak mancis dibungkus lagi pakai bungkus kecil itu, lalu bungkus besar, lalu diletakkan dalam dompet kecil, lalu dalam dompet besar, lalu dompet besar itu dimasukkan kembali ke dalam handbag, lalu handbag-nya dimasukkan lagi ke begnya…”



Kita pun meneruskan perjalanan. Perhentian berikutnya di stesyen Kluang. Di sana juga sama, ada pemeriksaan tiket oleh konduktor. Saya dengan cepat diperiksa tiketnya, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari begnya, kemudian dari dalam handbag itu dia mengeluarkan dompet besar, dan dari dompet besar itu dia mengeluarkan dompet kecil. Lalu berturut-turut keluar bungkusan besar, lalu bungkusan kecil yang di dalamnya masih ada kotak mancis. Tiket dia keluarkan dari kotak mancis, diperiksa konduktor, lalu masuk lagi kotak mancis, bungkusan kecil, bungkusan besar, lalu dompet kecil, dompet besar, handbag, dan akhirnya masuk beg lagi…”



Keretapi terus berjalan, dan kita sampai di stesyen Segamat. Lagi-lagi ada pemeriksaan tiket. Tiket saya cepat diperiksa, sementara nenek itu mengeluarkan handbag dari beg, lalu dompet besar, lalu dompet kecil, lalu dari dalam dompet kecil dia mengeluarkan…..



Belum sempat si pemuda selesai, hakim membentaknya. “Hei kamu!! jangan main-main ya!! Kamu ini cerita atau menipu yang bukan-bukan??? Ini mahkamah tahu!!!

Pemuda itu terus menjawab,



“Hah tengok…!



Tuan Hakim baru mendengar cerita yang cuma segini saja sudah marah. Sekarang cuba bayangkan saya yang menyaksikan sendiri perkara itu sepanjang perjalanan dari JB ke Kuala Lumpur!!!

a day i lost "control"


Pen Mata Bulat


05 September, 2011

Siapa BAHLOL?

Bahlol ialah nama seorang ulama Islam yang terkenal yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar-Rashid. Nama sebenar beliau ialah Bahlol bin Omar ataupun lebih dikenali sebagai BAHLOL DANA RA. Hebatnya Bahlol ini hinggakan Imam Abu Hanifah iaitu pengasas Mazhab Hanafi pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya.

Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tidak dapat dipastikan sama ada saudara tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri. Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan-perbuatan yang tidak masuk akal. Hanya sesetengah orang sahaja yang mampu mengenali siapa madjzub ini. Berikut adalah kisah-kisah berkenaan BAHLOL yang boleh dijadikan pengajaran.

Kisah 1

Satu kisah yang menarik ialah, ketika Khalifah Harun Ar-Rashid sedang berjalan-jalan dengan permaisuri baginda iaitu Zubaidah, mereka ternampak Bahlol ini sedang membuat rumah daripada tanah liat. Zubaidah ini pun bertanya :

“Sedang buat apa itu Bahlol?”

“Buat rumah. Rumah ini untuk syurga punya”

“Nak beli boleh ? Harganya berapa dinar?”

“Harganya 10 dinar sahaja”.

Lalu Zubaidah pun mengeluarkan duit sebanyak 10 dinar, lalu menyerahkan kepada Bahlol. Sebaik sahaja menerima duit tersebut, Bahlol membuangnya dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kamu sudah ada rumah di syurga wahai Zubaidah”.

Melihatkan hal itu, maka tergelaklah Harun Ar-Rasyid. ”Adinda sudah kena main dengan Bahlol tu”, katanya sambil tergelak.
Pada malam tersebut, Harun Ar Rashid bermimpi, baginda bermimpi masuk ke syurga. Di hadapannya pada masa itu ada sebuah istana, yang tertera nama isteri baginda, Zubaidah. Harun Ar-Rasyid pun cuba memasukinya, tetapi dihalang oleh malaikat. Lalu baginda pun bertanya kepada malaikat:

“Kenapa engkau menghalang ? Inikan rumah permaisuriku ?”

Lalu malaikat penjaga rumah tersebut pun menjawab:

“Rumah permaisurimu di dunia bolehlah engkau masuk. Di akhirat ini sendiri-sendiri”

Khalifah Harun Ar-Rashid lalu terjaga dari tidurnya, badannya berpeluh-peluh. Di kejutkan permaisuri baginda dan pada pagi itu juga, mereka berdua pergi mencari Bahlol. Akhirnya mereka berdua berjaya berjumpa dengan Bahlol di tepi sungai, sedang membuat rumah daripada tanah liat.

“Bahlol, aku datang hendak beli rumah ni”

Lalu Bahlol pun menjawabnya, “Boleh”.

“Berapa harga ?”, tanya Khalifah.

“Harganya cuma , 10 000 dinar”, jawab Bahlol.

“Gerangan apakah harganya naik sampai 10 000 dinar ?”, tanya Khalifah lagi.

“Haa.. sebabnya semalam permaisuri mu ‘membeli tanpa melihat’ “.

Jadi apakah maksud tersirat Bahlol bila beliau mengatakan Zubaidah “membeli tanpa melihat”, sehinggakan Zubaidah dapat harga runtuh?

Kisah 2

Tersebutlah kisah, pada masa Bahlol tersebut, berlaku satu kemarau yang sangat dahsyat. Habis segala ulama disuruh oleh Khalifah supaya melakukan solat minta hujan (Istisqa’). Maka turunlah segala ulama, solat hajat beramai-ramai, tetapi malangnya hujan tidak turun-turun juga. Khalifah pun berasa sungguh hairan. Lalu dipanggillah menteri-menteri baginda supaya masuk mengadap. Lalu Khalifah pun bertanya:

“Sudah habis semua ulama kita suruh solat hajat minta hujan. Tetapi tidak setitik pun hujan turun. Gerangan apakah yang perlu kita buat lagi, wahai memanda menteri ?”.

Lalu salah seorang menteri pun menjawab, “Tuanku, ada sorang lagi yang kita tidak panggil”

“Siapa ?”, tanya Khalifah.

“Bahlol”, jawab menteri tersebut.

“Bahlol pun Bahlollah, arah segera supaya dia membuat solat hajat meminta hujan”

Lalu dengan segera Bahlol dititahkan supaya melakukan solat hajat meminta hujan. Maka Bahlol pun segera pergi ke masjid. Pada masa itu orang-ramai sudah ramai yang berkumpul.

Tiba-tiba, Bahlol naik ke atas mimbar, lalu ditunjukkan jarinya ke langit seraya berdoa, ”Ya Allah, turunkanlah hujan”. Tidak ada solat apa pun.

Pada masa itu juga, hujan turun dengan lebat. Cepat sungguh Allah mengkabulkan permintaan wali-Nya.

Begitulah dua kisah tauladan untuk kita sama-sama renungkannya.