17 June, 2011

KonvoKesyen Kali ke 15 (2011)

PERATURAN-PERATURAN YANG WAJIB DIPATUHI SEMASA MENGHADIRI MAJLIS KONVOKESYEN KE-15 POLITEKNIK KOTA KINABALU SABAH


Graduan yang ingin menghadiri majlis tersebut WAJIB mematuhi arahan-arahan berikut:-

a)      Mengembalikan surat jawapan (Lampiran B) kepada Urusetia Pendaftaran Konvokesyen Ke-15 Politeknik Kota Kinabalu Sabah bersama-sama perkara-perkara berikut:-

Bayaran sebanyak RM200.00 (Ringgit: Dua Ratus Sahaja) dengan memasukkan ke dalam akaun Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad di nombor 1009-0000559-05-2 CIMB BANK (salinan cetakan slip Bank disertakan). Bayaran ini adalah termasuk sewa jubah Politeknik, gambar, folder sijil dan ALUMNI. Bayaran tidak akan dikembalikan.

Surat jawapan hendaklah sampai kepada Urusetia Pendaftaran Konvokesyen ke-15 Politeknik Kota Kinabalu Sabah sebelum atau 04hb Julai 2011. Graduan dianggap tidak dapat menghadirkan diri sekiranya surat jawapan tidak diterima sebelum atau pada tarikh ini. Sekiranya graduan tidak sempat untuk mengembalikan surat jawapan, graduan boleh menghubungi terus pihak urusetia (Cik Suhana Binti Rubin) melalui talian 088-401816 untuk mengesahkan kehadiran tuan/puan atau melalui faksmili 088-499960/499187. Walau bagaimanapun, salinan asal surat jawapan dan salinan cetakan slip bayaran hendaklah dihantar ke Politeknik Kota Kinabalu. (slip ASAL bayaran WAJIB dibawa semasa hari pendaftaran untuk penerimaan jubah konvokesyen).

b)      Graduan WAJIB menghadiri raptai pada waktu yang ditetapkan. Graduan yang tidak hadir atau pun datang lewat pada hari raptai tidak dibenarkan menghadiri upacara tersebut.

c)      Pakaian dan rupadiri yang WAJIB dipatuhi semasa majlis konvokesyen:-

i.        Graduan Lelaki

-          Semua graduan lelaki hendaklah memakai baju lengan panjang yang tidak bercorak, bertali leher dan berseluar panjang berwarna biru tua atau hitam (gelap) dan berkasut hitam (pakaian rasmi pejabat). Kasut sukan tidak dibenarkan.
-          Semua graduan hendaklah berambut pendek. Graduan yang berambut panjang (atau rambut berekor, berwarna dan berfesyen) TIDAK dibenarkan mendaftar untuk raptai dan seterusnya TIDAK dibenarkan menyertai upacara konvokesyen. (kecuali mereka yang mematuhi syarat rupadiri yang ditetapkan sebelum mendaftar raptai).

ii.      Graduan Perempuan

-          Semua graduan perempuan yang beragama Islam hendaklah memakai tudung yang disediakan oleh politeknik. Pakaian mestilah kemas dan formal (baju kurung berwarna cerah).
-          Berkasut kulit yang berwarna hitam/gelap. (sandal TIDAK dibenarkan).
-          Graduan yang bukan beragama Islam hendaklah memakai pakaian berlengan panjang dan gaun. (skirt pendek TIDAK dibenarkan).
-          Graduan DILARANG memakai pakaian yang tidak sopan seperti jarang, ketat dan mendedahkan.

iii.    Semua graduan diwajibkan memakai jubah yang disediakan oleh Politeknik Kota Kinabalu.

d)     Setiap graduan dibenarkan membawa dua  (2) orang pengiring (ibubapa/keluarga) masuk ke dalam dewan dan pengiring hendaklah memakai pakaian rasmi pejabat. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah TIDAK dibenarkan masuk dewan ketika majlis konvokesyen berlangsung.

4.   Makluman terperinci mengenai perkara lain (jika ada) akan dimaklumkan kemudian.

5.   Graduan yang tidak dapat menghadiri majlis ini hendaklah  mengembalikan  Borang Jawapan Tidak akan Hadir (Lampiran B) serta mengkreditkan ke dalam akaun 1009-0000559-05-2 CIMB BANK Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad bernilai RM100.00 untuk bayaran folder sijil dan ALUMNI.

6.   Kemudahan penginapan tidak disediakan oleh politeknik.

7. Semua Graduan dikehendaki melayari web Kementerian Pengajian Tinggi di alamat https://graduat.mohe.gov.my/kpgv3/  untuk tujuan Kajian Pengesahan Graduat 2009 : Kaji Soal Selidik Melalui Web sebelum menghadiri majlis raptai tersebut.



Sekian, terima kasih.



LAMPIRAN B

SURAT JAWAPAN
(Sila hantar surat ini kepada Urusetia sebelum 04hb Julai 2011)

Nama Graduan : .............................................................................................
Alamat               : .............................................................................................
                            .............................................................................................
                           .............................................................................................
No. Telefon     :   ...............................................
Tarikh              :   ...............................................

PENGARAH,
POLITEKNIK KOTA KINABALU,
JALAN POLITEKNIK, MENGGATAL
88450 KOTA KINABALU
( u.p:  TAJUL ARIFFIN BIN MOHD ARIF)

Tuan,

MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KOTA KINABALU 2011

Saya HADIR ke majlis tersebut di atas  dan upacara raptai  seperti yang ditetapkan.

2. Sila tandakan (√ ) / lengkapkan maklumat di bawah:

      Saya akan membawa :

     (a)  Seorang jemputan       (       )
     (b)  Dua orang jemputan    (       )

3. Bersama-sama ini disertakan :

           (a)  Resit   CIMB BANK ......................
                 bernilai  RM200.00

1009-0000559-05-2  CIMB BANK
Koperasi  Politeknik Kota Kinabalu Berhad

IKRAR

Saya faham bahawa saya tidak dibenarkan menyertai upacara ini jika saya tidak memakai pakaian yang ditetapkan.

Saya  faham bahawa saya tidak akan dibenarkan menyertai upacara ini jika saya tidak melaporkan diri untuk upacara raptai.


......................................................
(Tandatangan)


Saya TIDAK HADIR ke majlis tersebut di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan :

        (a). Resit CIMB BANK .............................
               bernilai  RM100.00

1009-0000559-05-2  CIMB BANK
Koperasi Politeknik Kota Kinabalu Berhad.

3. Sila tandakan (√ ) / lengkapkan maklumat di bawah:

      Sijil / Diploma saya:

a)    Mohon diposkan ke alamat saya seperti berikut ;  (         )

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

b)    Saya akan ambil sendiri di Unit Peperiksaan.  (         )



......................................................
(Tandatangan)