15 June, 2011

Ada apa pada LALAT

Lalat hampir keseluruhan hidupnya ditugaskan hidup dalam suasana yang kotor. Sememangnya lalat serangga yang pengotor, membawa penyakit dan menganggu kehidupan manusai. Ia berada di mana-mana sahaja, Pun begitu, Allah yang menugaskan lalat untuk menyelesaikan masalah kekotoran ini. Ianya masih penuh dengan nilai motivasi.

Lalat akan berada di mana-mana sahaja di ceruk rantau dunia ini. Samaada bersendirian ataupun secara berkumpulan. Lalat juga terdiri daripada pelbagai jenis dan bukan semuanya hinggap atas kekotoran.

Lalat mampu membiak dengan cepat di tempat-tempat yang kotor dan menjijikan. Segala jenis kuman dan virus serta penyakit akan berada di tubuh badannya. Lalu lalat akan menyebarkannya ke seluruh dunia. Dalam masa yang singkat juga ia akan mati selepas berjaya menjalankan ‘tugasnya’.

Sekotor- kotor lalat, Allah telah meletakkan ubat di tubuh nya untuk menjadikannya kebal dari semua penyakit yang di bawanya. Ketahanan lalat semasa hidup memang sangat mengagumkan, ianya mati setelah sampai pada masa yang ditetapkan iaitu sekitar 6 bulan hingga satu tahun.

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda dalam hadisnya yang bermaksud: "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari Hadis sahih nih!

Ini membawa maksud, sememangnya di lalat terdapat ubat untuk menghapuskan penyakit yang dibawanya. InsyaAllah

Lalat sukar didekati, memiliki kepantasan yang mengagumkan. Boleh dikatakan, cara memukul lalat engan hanya menggunakan tangan adalah satu tindakan yang hampir mustahil, Cara yang lain perlu digunakan.untuk ‘menyelesaikannya’.

Walaupun lalat hidup dalam kekotoran, berenga digunakan untuk merawat masalah luka yang sukar disembuhkan lebih-lebih lagi melibatkan penyakit Kencing Manis. Berenga akan memakan sel-sel yang mati lalu membolehkan untuk digantikan dengan sel-sel yang baru.

Lalat kebiasaannya sukar dibentung kewujudannya. Bahkan tampa sedar, kita memang mengharapkan kehadiran lalat untuk membersihkan kekotoran yang wujud di bumi termasuklah memakan bangkai yang terbiar di tepi jalan.

Lalat berada di mana-mana sahaja bahkan termasuklah di negara yang beriklim sejuk. Cuma ia menjadi tidak aktif bila berhadapan dengan cuaca sejuk.

Sifat lalat sememangnya menakjubkan. Jika ia dihalau, ia akan lari tetapi hanya sebentar sahaja. Ia akan datang semula kemudiannya. Bermakna, lalat adalah serangga yang berani. DAripada sifat inilah terbitnya perumpamaan Arab berbunyi

Lebih berani daripada lalat
yang ditujukan kepada mereka yang berani berhati kering.

Begitulah kebesaran Allah yang mencipta sekalian makhluk di muka bumi ini. Setiap sesuatu yang mengandungi ‘kekotoran’ tidak semestinya ia bersifat negatif semata-mata. Ada juga sifat positifnya, kebaikannya. Itulah motivasi melalui lalat.