13 March, 2011

Jerawat Di Badan, Ada sebab kenapa tumbuh.

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress Kumpulan ini biasanya panas baran. Cuba pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup dan minum air banyak..

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sistem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi..

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah..

PIPI KIRI

Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah..

PIPI KANAN

Fungsi paru-paru mungkin tidak normal..(ssiapa yg isap rkok 2 tgk akibatnya bkn mghadapi mslah paru2 malah tbuh jrawat lagi 2)..

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik..